perasan x..??

ini adalah fakta..bkn auta...skali lagik..bkn autaa...
kalo cite hindustan..cmni cite die..
-Hero nye tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk dan dipukul bertalu-talu oleh musuhnya, tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya itu, terus jerr...'adehhh, adeeeeh!'
-Hero tidak boleh boleh jatuh cinta dengan heroin(begitulah sebaliknya) kecuali setelah menari didalam hujan..
-Selepas disapu ke muka, makeup heroin takkan luntur sekali pun badannya basah kuyup ditimpa hujan dan ribut petir
-Sepasang kekasih sedang menari dipadang yang terbentang luas, tapi..eh tiba-tiba ade plak 100 orang lelaki dan perempuan muncul dibelakang dorang, terus menari mengikut rentak dan gerak geri yang sama. Misteri betul..dari mana datangnya 100 orang itu...pelik nihh..
-Diakhir cite, sang hero mendapati penyangak yang memusuhinya itu ada hubungan kaitan keluarga atau sahabat.
-Sepasang kekasih boleh bergolek-golek diatas tanah sambil menyanyi tapi tiba-tiba bangun dengan berpakaian lain pulak!
-Mereka boleh berlari keliling pokok kelapa,berkejar-kejaran diatas bukit sambil menyanyi,bertentang mata, jeling menjeling dan bertukar pakaian dalam waktu yang cukup singkat tanpa menunjukkan rasa penat!!!
kalo cite cina..cmni plak...
-Bapa si hero mesti bernasib malang pastu dibunuh musuhnya semasa hero masih kecil menyebabkan si hero hidup yatim piatu..
-Kalo si hero cedera parah,dia mesti sempat mengucapkan beberapa patah perkataan untuk bgtau siapa pembunuhnya sebelum mati..
-Pahlawan-pahlawannya boleh terbang melepasi bumbung, berlari panjat pokok dan melompat dari satu bukit ke satu bukit tanpa sebarang masalah.
-Hero selalunya miskin,papa kedana dan dalam keadaan genting, mesti ada sekeping dua duit emas atau perak diambil dari dalam kasut atau lipat seluarnye utk bayar makanan. Itulah duitnya terakhir!
-Hero dan penyangak selalu terserempak tidak kira betapa besarnya dunia ini dan dimana mereka berada..
-Cukup mudah untuk menyembuhkan luka, baik luka luaran atau dalaman. Ia semudah duduk silang kaki, tekap tangan pada luka,lepas itu keluar asap berkepul-kepul dari tapak tangannya..terus sembuh!
-Boleh simpan bermacam-macam dalam lengan baju atau tali pinggang dan anehnya, benda-benda tersebut tidak akan jatuh walau macam mana lasak sekali pun hero itu.
kalo cite melayu plak camane..??
korang pikir la sendirik..!!

0 karut mengarut:



Post a Comment